Cerita Hari Jumaat

|

Salam Bahagia..

Baru sampai rumah lepas menjalankan aktiviti yang boleh tahan penatnye. Hari ni cuti, sok insyaallah nak bawak isteri pergi sambung honeymoon.

Pas semayang Jumaat tadi kene pegi jumpa Gyne kat Colombia Hospital - tengok baby dah besa ke belum. Alhamdulillah dah besa, cukup sifat dan sihat. Harap sume berita baik tu akan berterusan sampai la hari kelahiran nanti. Tapi hari ni jumpe gyne lain, bukan gyne yang salu jumpe tu pasal skg masih mencari-cari mane yang bersesuaian dan berpatutan.

Pas setel check-up (lame tu, 2 jam yang menduga), jalan-jalan pulak kat Jusco memandangkan lamenye tak g sane. Ade plan nak tengok Ombak Rindu lah konon, maklum lah isteri yang berlakon, tapi tak jadi. Isteri pergi mengabihkan duit bersoping ape yang patot sampai lapa.

Pas lapa, stop soping and pergi makan mekdi. Cerita makan mekdi, sebenarnye dah 2 kali berturut-turut dalam mase seminggu melantak Beef Prosperity - tapi memandangkan kelazatan dan kelembutan daging disalut dgn sos lada hitam tu yang wat hati salu tak tenteram duduk.

Camtu lah, balik amik kain baju sikit-sikit sebab esok nak berjalan jauh. Tapi sampai sekarang belum packing lagi - isteri mane ni? Esok pagi-pagi buta nak pergi Cameron. Sebab nak makan jagung mutiara dengan stoberi. Harap sejuk la kat sane, ade plak Cameron panas ye tak?

p/s: dah tau baby boy ke baby girl, hehe.
p/s/2: rindu kat Aisar, anak buah pertama yang sangat-sangat comet dah gebu.


0 Umpat belakang: