peristiwa batu keras

Peristiwa batu keras sebenarnya tak ada sebarang kaitan langsung dengan entry ini. Penceritaan bermula ketika saat pulang ke bandar termaju Sri Iskandar, Tronoh Perak. Tanpa sebarang persediaan, sampai lah juga ke rumah. TV? Internet?? PSP? Xbox?? Radio? Jauh panggang dari api. Ketiadaan bahan-bahan hiburan itu membuatkan peratusan kebosanan itu kian bertambah.

Guling-guling, tido-tido, lepak mapley, makan ikan kembung masak tiga rasa adalah aktiviti saya. Hari ni mahu angkat barang-barang keluar dari hostel. Memang memerlukan kuasa dan tenaga luar biasa memandangkan PC yang besar gabak tu nak kene bawak turun. Rase cam nak buang dlm tong sampah jek, memandangkan tahap kehampesan die terlalu tinggi. Printer yang gilo tahap cipan sebab pas beli tak dpt gune pun, sbb terguna ink tiruan.

Baju-baju lama yang memang tak berniat nak pakai lagi, nak bagi kat orang asli, mungkin sebelum balik nak singgah kat perkampungan orang asli Bota. Kotak-kotak yang berisi dengan ilmuan-ilmuan, buku nota dan sebagainye bertebaran di sana-sini, mana mahu letak? Bawak balik kampung, bakar sudey.

Begitulah keadaannye... Hari-hari terakhir di satu negeri "kejor yop kejor"

Selamat tinggal Universiti Teknologi Petronas.

BACE LAGI...

Melor oh melor

Kalau Tuhan nak bagi sesuatu, time tu jugak Dia boleh bagi, kerana Allah itu Maha Berkuasa...

Minggu lepas, alhamdulillah sempat jugak melawat kubur arwah Syamilah atau name manje die yang saye bagi iaitu Melor. Tahun ni genap dua tahun arwah pergi meninggalkan keluarga dan kawan-kawannya. Arwah adalah kawan baik saye mase same-same belajar di UiTM dulu.

Tapi sebelum tu sempat jugak la pergi umah die, borak-borak ngan mak die. Alangkah terkejutnyer saye mase sampai, mak die temukan saye semula dengan Syamilah@Melor, tapi dalam versi baby comel. Memang tak dinafikan, rupe mereka berdua memang same. Genap dua tahun mak die sedih dan rindu, akhirnya dapat gak die Syamilah yang baru. Syukur.

Sedih pulak bile dengar mak die bercerita, tapi tu lah, moral of the story, jaga diri baik-baik, bawak motor jangan laju-laju, ingat mak ayah, mereka sangat sayangkan korang.

p/s: Arwah Melor meninggal dunia dua tahun yang lalu akibat dilanggar oleh kereta ketika dalam perjalanan ke bank di Shah Alam.

BACE LAGI...

manchester united 2009

Beberapa gambar khas untuk membuatkan fans bola sepak lain jeles dan hangin satu badan, terutama fans Chelshit, Arsengal dan Liverfool.








Gambar ihsan dari laman sesawang rasmi Manchester United!

BACE LAGI...

perasaan bercampur-baur

Gemok?? Ramai orang cakap saye sudah gemok. Betul ke? Berdasarkan pengamatan saye, memang ade kebenaran di sebalik kata-kata mereka memandangkan berat badan saye sudah mencapai 60 kg berbanding 52 kg, 2 bulan yang lalu. :z

Hari ini sudah ada di UTP, masih blur, konfius, pening, malas dan hati yang berbelah-bagi. Sudah dapat maklumat dari Registrar, sekarang masih berfikir lagi. Tolonglah dapat petunjuk, uh-uh!

p/s: Happy Belated Mother's Day kat mak tersayang. Best la tu dapan henpon baru, hehehe..

BACE LAGI...

sawang?

Sudah lama kiranya saye tak mengupdate blog ni, agak bersawang dan disertai sedikit karat-karat kerana exposure terhadap udara dan air. Jadi saya tak mahu mengecewakan pembaca-pembaca tegar blog saya, justeru saya update juga dengan kata-kata yang agak mengarut.

Baru pulang dari kampung dengan keadaan yang agak kelam-kabut, ada masa sedikit pening dan stress. Sakit pinggang memandu, lapar, penat dan sebagainya. Tapi alhamdulillah ramai kawan-kawan seperjuangan yang banyak memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada saye.

Perkembangan terbaru, ada banyak dan sangat ketara, jadi untuk entry-entry seterusnya nanti, saye akan ceritakan satu persatu. Jadi terus sokong afifsempoi.

p/s: Bile laptop baru saye nak dapat ni, tak sabar dah ni!! Manchester United masuk final, jaga-jaga lah Barca.

BACE LAGI...

dotaholic

Saje jek nak bebel sket ni, tadi baru pas men dotA, jadi giler sekejap. Bateri kereta sudah bengong, kene abiskan duit lagi. Nak servis lagi, abis lagi duit. Duit memang dicipta untuk dihabiskan. Mari habiskan duit!!

Tan Sri Afif
7.57 am
04.05.2009
Shah Alam, Selangor.

BACE LAGI...