semi final champion league statistics




BACE LAGI...

kekeringan

Lame la pulak tak update blog ni, akhir-akhir ni agak busy lah dengan perkara-perkara harian, research dan sebagainya. Ni baru la dapat nak tengok-tengok keadaan dan suasana kehangatan rakan-rakan blogger. Sape-sape punye post yang tak sempat saye nak comment tu, harap maaf lah. :)

Takde idea sangat lah nak dipos untuk entry terbaru ni, dah kekeringan idea. Maklum lah, lame tak update blog, otak pon sudah sedikit beku. Pos ni ditulis sementara menunggu perlawanan bola sepak di antara MAN U vs ARSENGAL. Sudah tahu, MAN U mesti menang punye, betul tak Alang? :z

Jadi tunggu saje lah idea mencurah-curah nanti, rajin la wat posting baru. PEACE!! :D

p/s: Berat badan saye sudah meningkat dari 53 kg ke 60 kg. Keep it up Tan Sri!!

BACE LAGI...

membebel

Malam kedua di Shah Alam. Dalam keadaan menyesuaikan diri, melihat keadaan dan suasana, melihat gelagat manusia dan sebagainye. Ape saye bebel nih? :o

Tengah ari tadi, makan-makan dengan kawan-kawan semasa di uitm, petang pula sempat meluangkan masa dengan bermain badminton. Tapi apekan daya, badan dah tak macam dulu, setakat 3 set perlawanan larat lah, tapi lebih-lebih memang dah tak mampu, hehe. Ayat tu seperti kata-kata org yang terlalu berumur.

Di kala malam dan bulan yang tak mengambang pula, saye makan nasik lemak kat kedai nasik lemak yang ntah pe namenyer entah, tapi best lah. Walaupun best, tapi nasik lemak ayam kampung kat Ipoh lagi terbaek. :)

Malam pula, menonton Shaolin Soccer kat umah Ja'a, lalu bermalam juga di sini. Sebelum melelapkan mata, sempat jugak la nmak type entry terbaru. Jadi sudah mahu tidur, Selamat Malam Malaysia. :D

p/s: Selamat Hari Jadi Ida yang ke-23, semoga panjang umur dan murah rezeki, nanti saye bagi hadiah, tadi tak sempat pulak nak beli.

BACE LAGI...

proton MPV: exora

Baru balik pas tengok kereta baru, Proton Exora. Best jugak la, gempak dan berbangga sebab sudah ada kereta buatan Malaysia versi MPV. Tapi setiap sesuatu pasti ade kelemahan, jadi kelemahan tu mesti ade tindakan untuk menjadikan kereta ni lebih sempurna. Jadi saye nak order la satu Exora, kawen nanti senang, boleh bawak anak-anak pergi holiday, hahahaha.

p/s: kawan saye, classmate mase kat uitm dulu, Hariz mahu mendirikan rumahtangga bersama Ayz pada 31 May 2009 yang akan datang. Jadi semua sila datang ke majlis itu. Selama Pengantin Baru.

BACE LAGI...

Facebook & CIA: Jangan Cepat Melatah

Kepada pengguna perkidmatan Facebook, pernah tak korang dapat e-mail yang mengatakan semua data dan maklumat peribadi korang akan disalurkan kepada CIA? Rasenyer ade kot. Ramai yang cepat melatah sebab ni, jadi cume korang bace artikel ni pulak, jadi lepas ni nak melatah lagi ke tak?

Assalamualaikum WBT.

Baru-baru ini saya terbaca artikel berkenaan Facebook yang kononnya merupakan "datacenter" CIA yang berfungsi menyimpan maklumat individu supaya senang kelak dipilih mana yang hendak dibunuh dahulu apabila mereka invade Malaysia (at least itu apa yang saya faham dari artikel itu). Bukan sahaja pelbagai tuduhan dilontar, malah tiada bukti yang kukuh diutarakan, melainkan hujah-hujah lemah dan tidak jelas.

Sebelum saya teruskan, ingin saya isytihar bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tujuan penulisan ini hanyalah untuk membuka minda dan meluruskan yang bengkok.

Sedar tak, kalian yang punya blog, yang menggunakan servis blogging terkemuka seperti Blogspot, keratan Privacy Policy mereka:

Google only shares personal information with other companies or individuals outside of Google in the following limited circumstances:
We have a good faith belief that access, use, preservation or disclosure of such information is reasonably necessary to (a) satisfy any applicable law, regulation, legal process or enforceable governmental request, (b) enforce applicable Terms of Service, including investigation of potential violations thereof, (c) detect, prevent, or otherwise address fraud, security or technical issues, or (d) protect against harm to the rights, property or safety of Google, its users or the public as required or permitted by law.

Yang bermaksud, segala maklumat anda ataupun blog anda, bila-bila boleh diserahkan kepada CIA.

Anda juga pasti menggunakan perkhidmatan e-mel. Antara penyedia servis ini yang popular ialah Yahoo!, yang menyatakan mesej yang lebih kurang sama dalam Privacy Policy mereka:

...when we have your permission, or under the following circumstances:
We respond to subpoenas, court orders, or legal process, or to establish or exercise our legal rights or defend against legal claims.

Ya, semua e-mel anda tidaklah begitu private rupanya. Malah mereka semua mempunyai hak untuk menyebarkan maklumat anda kepada rakan perniagaan mereka dengan syarat-syarat tertentu, yang mana Privacy Policy syarikat-syarikat lain itu kita sendiri tidak jelas mengenainya.

Malah bila kita kecilkan skop, masuk Streamyx. Keratan Policy mereka:

(iii) TM will disclose the Customer’s personal information if required to do so by law or in good faith, if such action is necessary to:
(a) comply with any law enforcement agency, court orders or legal process; and/or

Alamak, habisla semua alamat rumah kita! Kerajaan kita pulak baik dengan kerajaan US...

Ini belum masuk bab kecanggihan spying zaman sekarang. Sedangkan syarikat bukan kerajaan seperti Google mampu mengambil gambar-gambar satelit sesuka hati mereka, apatah lagi badan kerajaan yang lebih besar bajet dan teknologi?

Yang paling membingungkan, terdesak sangatkah CIA hingga perlu bergantung kepada maklumat entah betul entah tidak, yang diletakkan di ruangan Facebook saya. Tidak seperti mendaftar Streamyx, Facebook tidak peduli sama ada maklumat yang saya letak betul atau tidak. Mungkin CIA hendak menjadi rakan saya... request saja!

Jadi jika anda benar-benar risau sesiapa tahu di mana anda tinggal, sila berhenti guna internet, dan pindah ke gua-gua berdekatan. Tidak perlulah mengajak orang ramai hack mana-mana website, atas sebab salah sangka. Indahnya Islam kerana kita tidak dihukum atas niat jahat, cuma dihukum apabila melaksanakan kejahatan. Jadi siapakah kita nak hukum orang yang kita sangka jahat?

Pada pendapat saya, sebab melampaunya polisi-polisi ini, kerana khuatir kena saman. Sebab syarikat-syarikat seperti ini bila disaman, bukan sejuta dua. Boleh mencecah puluhan bilion. Jadi apabila mereka minta pengguna setuju bahawa mereka punya hak pada kandungan-kandungan yang kita letakkan, amat susah untuk mereka kalah apabila disaman.

Cuba anda sediakan servis dengan syarat "Maklumat anda tiada siapa tahu" atau "Kami tiada hak atas maklumat anda". Kita tengok berapa lama tahan...

Jadi saya harap kita dapat membuka minda dan jangan cepat melatah bila nak tackle isu-isu seperti ini.

Maaf andai kurang penjelasan. Ikut hati panjang beberapa page lagi ni, tapi betul-betul busy. Jadi ada apa-apa komen / soalan buzz je ya.

"...Katakan: Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu memang orang-orang yang benar." (27:64 dan lain-lain)


Wallahua'lam.
Justify Full
Ahmad Syazwan bin Md. Sani
Head of Academic & Career Bureau
Usrah Institution 2008/2009
Multimedia University
Cyberjaya Campus

BACE LAGI...

sisipan perjalanan

Date: 20 April 2009
Time: 2.11 am
Location: Shah Alam

Semasa artikel ini ditulis, saye sedang berada di satu kota yang agak tak asing sangat la, sebab before ni pon dah dok SA lame. Tapi, penceritaan ni adelah berkaitan dengan sedikit suasana yang agak berbeza kalau nak dibandingkan dengan setahun yang lalu.

Perbezaan pertama dan yang paling ketara adalah perangai pakcik umah sebelah ni yang terlampau naik lemak, sampaikan ketika saye sampai di sini tadi, bibik die siap ajak mengumpat akan hal yang sedang berlaku dan kepalatan yang direncanakan oleh tuannye. Dan akhirnya saye mencabar kejantanan pakcik tersebut, jadi esok mahu tau perkembangan lah! Kesian kawan-kawan takde ruang parking kereta, kejam betul org tua tak sedar diri tu.

Seterusnya, keriuhan satu kawasan yang dulu memang sunyi, sekarang sudah meriah sehinggakan keadaan lalu lintas pun terganggu, pusat komersil sudah meriah, dulu saye tgk cam tak best jek. Jadi tadi sempat jumpa Ja'a dan Addi serta gadisnya, melepakkan diri dikala malam masih muda. Berbual kosong sambil membasahkan tekak dengan air soda bandung percuma [sebab Addi bayar].

Di samping itu, saye juge sempat meluangkan mase menonton perlawanan bola sepak di antara MU dan Everton, dimana pasukan MU yang tetiba sengal tewas dengan sepakan penalti. Ape da MU, tu punye team pun takleh makan ke? Bersama rakan, Boss dan Radzi yang telah membeli sebijik MyVi baru berwarna putih, smart lah! Tapi smart lagi VIVA saye [cakap dengan nada sungguh riak].

Overall, sebenarnyer ape yang saye nak sampaikan di sini adalah sekarang saye tak berapa feel lah duduk kat SA. Jiwa sudah takde, kawan pun dah tak ramai. Tapi atas komitmen kerja, saye kuatkan jatidiri.

p/s: ni sedikit kata-kata semangatlah untuk diri sendiri....
Hendak seribu daya, taknak seribu dalih, manusia berjaya tak memberi alasan, tetapi terus bertindak, kejayaan perlu ade pengorbanan, tanpa pengorbanan, kejayaan takkan datang. Keyakinan dan doa tangga kejayaan, tanpa keyakinan kita takkan berjaya.

bersemangatlah!
bertindaklah!
berkorbanlah!
yakinlah!
berdoalah!

Kejayaan pasti bersama kita! :z

BACE LAGI...

sudah pulang

Hari ni saye kat UTP sudah. Jadi sudah mula perlu menjalani kehidupan seperti student seperti biasa. Bangun pagi, gosok gigi, siap-siap pergi ofis. Bukak internet, bajet nak tengok dan buat research, tapi haram tak buat pape. Pastu main facebook sampai mate tak leh handle lagi.

Nak pergi makan kene keluar, angkat tangan kat pakgad, pergi Rahman, makan roti canai. Tak best sungguh. Jadi mahukan kehidupan yang baru. :z

BACE LAGI...

ehem...ehem...

Ade yang sudah cakap laman blog ini sudah bersarang seolah-olah sama seperti sarang spiderman. Jadi saye terus memberi explaination bahawasanya saye currently away from computer, dalam kata ringkas, saye tidak berinternet buat sementara waktu. :o

Sekarang masih di Kuala Lumpur metropolitan, bandar yang bebas dengan anasir-anasir dadah, bohsia, mat rempit dan wanita seksi yang mudah menjolok mata si pemandang. Melakukan sedikit perkara yang mungkin memberi impak besar dalam kehidupan. :D

Jadi saye masih di persimpangan, mencari jalan yang mungkin mengubah cara hidup saye 2 tahun dari sekarang.

p/s: Sekarang rase cam tak mampu meneruskan pelajaran ni menara gading lah! :o

BACE LAGI...

tag baru ni

| 2 Umpat belakang

Encik Mosaic sudah tag saye buat kali pertama, jadi saye tak mahu mengecewakan beliau lah! Jadi sebelum saye memulakan tag ni, saye nak menucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau. Kenapa? Sila jangan malu-malu ke link ini.

*****************

1. What is the most important thing in your life?

My handphone. Without my handphone, i'll miss all other things in my life.

2. What is the last thing that you bought with your own money?

Teh 'o' halia made in Rahman, Sri Islandar, makan nasi ayam hainan semalam beliau belanja.

3. Where do you wish to get married?

Rumah mak saye. Pasti hotel maybe :P [kekekekeke].

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

Till the day i''m not here anymore kot? :(

5. Are you in love?

Erm, no comment [jawapan biasa artis Malaysia]

6. Where was the last restaurant you had dinner?

Restoran Nasi Ayam Hainan Ipoh, restoran nasi ayam terbaik yang saye penah jumpe.

7. Name the latest book that you bought?

Hah? Rahsia Kemukjizatan Sains dalam Al-Quran dan Sunnah.

8. What is your full name?

MOHD AFIF SALAMI BIN MARZUKI. Hoh, panjangnyer name.

9. Do you prefer your mother or father

I prefer my mother [sebab mak je satu-satunyer yang saye ade sekarang]

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Sir Alex Ferguson? Nak jumpe sume player MU ekceli.

11. Christina or Britney?

Britney.

12. Do you do your own laundry?

Iye, tapi sekarang sudah agak malas. Jadi pasni nak anta dobi saje.

13. The most exciting place you want to go?

Old Trafford, England.

14. Hugs or kisses?

Both, hahahaha. ;)

15. Point out 5 things about the person who tagged you.

i. Classmate masa form 4. Kejap jek kan?
ii. Budak sengal, alhamdulillah, skg sudah normal.
iii. Macam YB?? Yeke Cik Sekda? Ade lah sket.
iv. Baru dapat keje.
v. Tak poyo lah. Menghormati orang tua, sopan santun, romantik dan rajin berjemaah di masjid [men tibai jek tu, betul ke?]

16. 3 things I am passionate about

i. Food
ii. Holiday
iii. Sleep

17. 3 things I say too often

i. takpe lah!
ii. makan yok?
iii. ececece....

18. Book I’ve read recently

Entah la, lame tak bace buku, lupe plak.

19. 8 songs I could listen to over and over again

i. stay - estrella :z
ii. keep it slow - estrella juge
iii. bella luna - jason mraz
iv. hotel california - eagle
v. seribu tahun - butterfingers
vi. runaways - pilgrims
vii. tiada lagi - amy search
viii. capital e - bittersweet

20. 3 things I learnt last year

i. jangan salah buat keputusan.
ii. kawan gembira ramai, kawan sedih semua pun lari.
iii. sila berjimat cermat, mulakan menyimpan macam saye, hehe. :D

21. 8 people to tag

tak tau la nak tag sape lagi, cukup lah! :)

BACE LAGI...

kebingungan

By Encik Alang:
Kalau aku menang RM10 ni dari afifsempoi, aku akan pastikan blog anda akan mendapat liputan meluas dari aku memandangkan blog aku menerima hampir 300 pengunjung satu hari..itu yang kau mahu bukan??hahaha

By Cik Idatazira:
Kalau aku menang RM10 ni dari afifsempoi, aku tidak akan keluarkan duit tersebut dari akaun aku, sebab aku mahu akaun aku sentiasa ada duit rm10 daripada afifsempoi.

*********
Sebenarnyer saye suke kat slogan encik alang ni, tapi bile buat counting, slogan die lebih dari 20 patah perkataan. 2nd slogan yang saye suke plak dari cik idatazira dan mmg cukup dari segi bilangan patah perkataannyer.

Jadi siapakah yang bakal menerima buah tangan dari saye?

BACE LAGI...

suasana F! demo @ UTP

Inilah suasana panas dan bising semasa demo F1 oleh Nick Heidfeld dan Kubica serta beberapa siri demo motosikal cup and motosikal berkuasa besar. Overall memang best, macam tengok F1 sebenar, cuma trek pendek, kesian diorang tak sempat nak cecah gear 4 pun.

Abang penjaga keamanan

Encik tu ngan motor besar

Ni kes moto rosak la ni, tak gempak betul la, cane tu?

Demo poyo lap la ni, bagus lagi saye lap 190 km/h

BMW Sauber, kete F1 [Heidfeld dan Kubica drive nanti]

Kete F1 demo, tak same pon cam dalam tv [tipu...tipu...]

Bergambar sebelum pulang, PEACE!!

p/s: Cik pun ade gak mase ni, tapi takde gambar ngan die plak, hehehehe...

BACE LAGI...