happy birthday mak!

Hari ni 31 Mac 2009 adalah hari ulangtahun kelahiran mak yang ke-46. Dah 46 tahun umur mak tapi still muda, jiwa pun muda. Jadi saye nak ucapkan Selamat Hari Jadi kat mak saye, kawan-kawan pun sila wish ok? :D


Lupe nak bagitau, kat kek ni ade 4 name, jadi boleh la dikatekan quadraple birthday celebration since ade 4 orang dalam family kitorang yang besdaynyer bulan Mac, termasuk saye lah! Jadi ucapan selamat ni adalah kepada saya (20 Mac), paklang (24 Mac) and nurul (18 Mac). :z


Sambil-sambil makan kek tu, kitorang makan kfc jugak, ni kaklong belanja, dia kan bakal jutawan. Plan nak wat BBQ tapi cancel last minutes sebab masing-masing pun penat sebab kenduri, pinggan magkuk pun tak habis kemas lagi. :)

Walaupun sambutan besday tahun ni agak simple, tapi cukup bermakna buat semua. Hope tahun depan ade lagi. PEACE!! :)

p/s: Ade lagi sambutan besday kat Cameron Highland minggu depan, hehe...

BACE LAGI...

2009 PETRONAS Malaysian Grand Prix – Formula One Experience at UTP


2009 PETRONAS Malaysian Grand Prix – Formula One Experience at UTP
on : Tuesday, 31st March 2009
at : Universiti Teknologi PETRONAS

Programme

9.00 am :
Sharing Session by PETRONAS Formula Experience Team (Chancellor Hall)

10.00 am :
Final Presentation by Finalist of ‘UTP Innovative Formula One Design Race’ (Chancellor Hall)
: Go Kart Challenge (Parking Lot P4)
: Safety Riding Clinic (Seminar Room 2, Undercroft)

12.15 pm :
Autograph Session with Nick Heidfeld & Robert Kubica (Plaza of Chancellor Complex)

2.00 pm :
Demo of PETRONAS Formula Experience Car by Nick Heidfeld & Robert Kubica (the road stretching from Registry Office to Chancellor Complex)

BACE LAGI...

1001 macam suasana

Ni la sedikit sebanyak gambar yang sempat saye upload untuk menggambarkan suasana kenduri dan majlis pertunangan adik saye minggu lepas (28 Mac 2009) untuk tatapan semua. Takleh nak upload banyak-banyak, penat nak tengok kang [hehehe].

Makan-makan belah lelaki

Makan-makan belah perempuan

Kat khemah luar, ramai gaban

Lauk sekadar saje [ayam/ikan goreng, rendang ayam denak,
gulai lemak labu, gulai tempoyak, dan daging masak kari]

Urusan orang pangkal [saye pun termasuk jugak tu]

Gadis litar, eh? Rombongan bawak hantaran

Hantaran belah lelaki

Hantaran belah perempuan

p/s: Ha, tu cerita tunang adek, tunang saye? Ehem.. Soklan sensitive, takde sape mampu jawab, hehehe..

BACE LAGI...

sudah tak paranoid

Assalamualaikum... :D

Hari ni baru la dapat hidup dalam ketenangan. Pas je abis lab pagi tadi, kebetulan Dr Zainal datang lab, jadi tak payah susah-susah nak set appointment nak jumpe die. Pas jek abis lab, terus pergi jumpe supervisor pula, juga tanpa sebarang appointment. Nampak sangat saye tak suke buat buat sebarang temujanji dengan sesape. ;)

Jadi, hari ni kerja semua sudah beres, walaupun research tak beres lagi, tetap nak hepi-hepi jugak. Angkap je beres. Sudah boleh ketawa. Taknak stress dan paranoid lagi macam semalam. Dah buleh hepi-hepi nak cuti seminggu kat kampung. Jadi plan kat kampung ape ye? Plan holiday pun tak perlu lah kot, sebab keadaan kewangan yang agak tak berapa mengizinkan. Counting the day jek nak tunggu gaji masuk. Tu la, ade duit, membazir, sekarang padan muke sendiri lah. :(

Sok nak balik KL. Tak tau lagi nak gerak ngan sape. Kalo ade yang mahu tumpang, my pleasure, tak decide lagi dgn Acuk. Tapi nak bermalam kat KL dulu memandangkan Kaklong nak dtg KL Sabtu ni. Cik Secret pon petang ni balik KL. Tak plan nak jumpe pun, sebab masing-masing ade hal. Semala pun sudah dating makan kat hotel. Nampak macam banyak duit kan? Tapi makan free yek tu [kehkehkeh]. :z

Jadi mungkin tak update blog dalam tempoh mase yang agak lame. Pembace yang rajin melawat tu, kalo korang singgah blog saye sila klik jek iklan-iklan yang menyemak kat sebelah tu ye? Kate nak tolong rakan-rakan menjana wang secara pasif [hahahaha].

Tu jela, tak leh ngarut panjang-panjang, nak sambung main facebook. PEACE!! :)

BACE LAGI...

stress and paranoid?

Bile terbace post terbaru kat blog VOY tadi, try jugak la buat ujian stress tu. Macam bergerak laju je gambar tu, padahal gambar tu terbukti lah statik. Ni maknenyer sekarang ni saye berada dalam keadaan sangat stress. Stress tu sebab terlampau banyak fikir. Dalam kate mudahnye adalah paranoid. Paranoid kat sesuatu perkara yang sebenarnyer kecil dan simple, tapi difikirkan secara berlebihan, sampai kadang-kadang kepale terasa sangat lah berat. :(


Jadi buat mase ni, saye perlukan mase yang agak panjang untuk merehatkan otak yang terlampau banyak berfikir ni. Fikir study la yang paling berat sebenarnye, sebab banyak perkara yang belum proceed lagi, masalah software yang xnak setel sampai sekarang. Hope semua tu akan setel beberapa hari lagi, ataupun next week. Tapi nextweek nak balik kampung, adek saye tunang, tapi xperlu lah datang ye korang, kenduri kat belah perempuan saje. Rumah saye just kenduri doa selamat jek. :)

p/s: Kawan-kawan yang menunggu pemenang slogan tu harap bersabar yek? Sebab saye agak stress ni, pas ok saye pasti umumkan [kekekeke]. :D

BACE LAGI...

gambar lama

Haha, oldskol betul la gambar ni, cube teka sape? Comel ni budak kecik ni [heheheh]. Gambar ni diambil mase majlis perkahwinan paklang saye kalo tak silap, umur pun baru brapa tahun jek, tak berapa ingat pun.

******

Posting ni tak tau pon nak cite ape. Plan hari ini? Roomate saye ajak g memamncing, ok, saye nak g mancing. Malam pulak, mahu keluar ngan beliau kot. Sabtu, masih belum ade plan. Ahad juga masih belum ada plan.

******

Hari ni, bangun lambat sket. Sebab takde job la hari ni. biasa la hari Jumaat dah siap cuti. Cuma nak basuh baju and siap-siap nak g solat Jumaat. PEACE!!

******

BACE LAGI...

messy day

Hari ini rase messy betol la, banyak betul perasaan tak best dari pagi sampai petang. Pagi-pagi dah moody, rushing, sakit kepala, sejuk, penat, tak cukup tido dan sebagainyer. Software tak install lagi, simulation tak dapat run, adoi!

Satu kerja research pun tak jalan, harap malam ni stabil da kepala hotak ni. Makan?Petang tadi jek sekali, tu pun tak selera. Banyak berfikir betol-betol boleh buat otak jem, jadi mari mulakan kempen jangan berfikir, bia kepala jadi stabil semula [kekekeke].

BACE LAGI...

expandable post summary

Atas permintaan ramai, dari kawan-kawan dan sahabat handai, saye nak berkongsi sket ilmu yang dipanggil Expandable Post Summary. Menatang ni sangat berguna untuk korang yang malas giler nak scroll blog korang. Jadi blog korang pasti nampak kemas dan bergaya [macam blog saye]. Kalo korang tak paham gak, pe yang saye maksudkan adalah "Read More" yang selalunye ade kat akhir post summary. :o

Taknak pon ajar step-by-step, jadi sape yang rase gatal nak menggodek blog tu, sila ke laman blog Hackosphere ni dan belajar sendiri. Jadi, Cik Izzati, Cik Sarah, sila fahamkan diri anda ok? Saye sudah tunjuk jalan. Sekian PEACE!! :z

BACE LAGI...

pictoral tag!!

| 4 Umpat belakang

Rules: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.


I am

sempoi of course

* * *

I really want to go to

Old Trafford to watch my MU celebrate the trophies!

* * *

My favourite place is

home sweet home

* * *

My favourite thing is

my vivasempoi

* * *

My favourite drinks are

limau ais satu!!!

* * *

My favourite food is

nasi ayam hainan Ipoh, terbaeeekk!!

* * *

My favourite colour is

blue..blue for MU..heh!

* * *

I live in

Negeri Sembilan negeri beradat, keke..

* * *

I was born at

Hospital Kuala Pilah, uwekkk...

* * *

I attended

SMKA Pedas.
huh??

UiTM Malaysia, Shah Alam

and Universiti Teknologi Petronas, Perak yang "maju"

* * *

My favourite story is

ice age, and all cartoons

* * *

My hobby is

FishinG

* * *

I wish for

treasure!!

* * *

I tag:

anyone!!hehe...

* * *

BACE LAGI...

lame tak update blog

Lame sudah tak update blog, siap cik tu cakap sudah bersawang, penuh dengan labah-labah comel. Tapi takde la bersawang sangat, diz week agak busy menyelesaikan masalah software, satu software sudah siap install kat PC baru pemberian Mejar Borhan, jadi masih ade satu software belum install, jadi research tak banyak improvement lah. :z

Jadi ape yang saye busy adalah busy mencari sport rims. Sudah tengok kat wishlist? Sudah pangkah dekat 14" sport rims, jadi my lovely vivasempoi sudah ade kaki baru. Sempoi lah!! :D

Weekend ni? Banyak sangat plan, pagi tadi ke Teluk Intan, malam ni rehat saje kat bilik, esok mahu kua jalan-jalan kat Taiping sepanjang hari. Kawan-kawan sume sibuk nak pergi Penang. Takpe lah, malas join diorang pergi Penang. Sok juge classmate saye Suriatey nak kahwen. Tak dapat datang, memandangkan saye jauh, dah tu tak pandai nak drive pegi Kelantan.

Plan sok akan saye post kemudian. Ahad, kawan-kawan ajak jalan-jalan ke Cameron Highland. Mahu pergi ke tak? Tak decide lagi pun, kalo free boleh join. Seumur hidup tak pernah pergi Cameron Highland. Banyak kan plan berjalan. Tapi bulan ni agak short la perbelanjaan, sebab dah beli sport rims. Jadi mahu save sket sebab nak blk kampung next 2 weeks sebab adik saye sudah mahu tunang. Jadi kawan-kawan yang berkesempatan, sila datang rumah ye, kalo nak makan free la. 28hb Mac 2009 nanti. :)

Ok lah, tunggu posting seterusnya dari afifsempoi!! ;)

BACE LAGI...