Intipati bajet 2009 'kerajaan prihatin'

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2009
- naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial

Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)

Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.

Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan

Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru

Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

Buka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan

Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan

Kerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.

Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.

Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan

K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel

Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan

Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.

Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.

Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
Sumber: MALAYSIAKINI

BACE LAGI...

anwar kini rasmi ketua pembangkang

Selepas 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat, mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu, yang baru memenangi kerusi tersebut dua hari lalu, mengangkat sumpah jam 10.05 pagi tadi, sejurus selepas bacaan doa di dewan yang mulia itu.



Anwar, 61, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat.

Katanya, Anwar juga akan diberikan segala keistimewaan yang dinikmati
oleh seorang ketua pembangkang.

Anwar yang berbaju Melayu biru tua, kemudian melangkah duduk di kerusi betul-betul berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kerusi itu dulu diduduki isterinya yang mewakili kawasan parlimen yang sama - acara mengangkat sumpah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak lama selepas pilihanraya umum lalu dihadiri Anwar sebagai pasangan seorang anggota Dewan Rakyat.

BACE LAGI...

northport seafood

sotong goreng dengan sos pedas yang lazat



kailan, udang goreng mentega, ketam bunga dan sotong goreng




seafood dinner


Hehehe.. saje nak citer sket pengalaman makan seafood kat northport, Klang. Malam Sabtu lepas pas balik dari Rawang, kitorang trus ke Klang ntuk membelasah seafood. Rasenyer kat sini la seafood paling best yang penah aku pegi. Byk menu yang mahal-mahal, tp sbb bajet punye pasal, kitorang tetap blasah seafood tp dalam amount yang xbape nak mahal lah.


Kitorang order ketam bunga yang punyer la sedap dimasak ngan kicap pedas serta rempah ratusnya, ditambah plak dengan udang masak mentega (fevret aku tu, dulu mase keje kat concorde, salu jek aku rembat guess punye..hehe), sotong goreng yang sungguh lazat dengan sosnyer, pastu sayur kailan oreng, nasik putih dan jus epal. Sume mknan ni kos baru RM 88.00 tp mmg puas aty la. So, sape2 yang nak try seafood best tu,g la port Klang, tp jauh sket la..hehe..

BACE LAGI...

UiTM: MB S'gor, jangan kacau kami

Naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) meminta Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak mencampuri urusan pentadbiran pusat pengajian tinggi untuk Bumiputera itu.

Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah berkata Abdul Khalid boleh menggunakan Universiti Industri Selangor (Unisel), kolej-kolej komuniti dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta lain jika mahu menolong golongan bukan Bumiputera.

"UiTM merupakan salah satu daripada hak-hak istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan Canselornya ialah Yang di-Pertuan Agong sendiri.

"Apa yang pelik ialah isu pembukaan (kemasukan) ke institusi pengajian untuk Bumiputera ini kepada bangsa asing dibangkitkan oleh seorang Melayu sendiri, bukannya bangsa asing," naib canselor itu dipetik sebagai berkata dalam sidang media semalam.

Cadangan Abdul Khalid untuk menambahkan kuota bukan Bumiputera bagi menjadikan pelajar UiTM lebih mesra kepada masyarakat berbilang bangsa di luar kehidupan kampus dan kemudian menyediakan mereka kepada suasana pekerjaan dan meningkatkan daya saing hanyalah pandangan ahli politik itu dan bukannya fakta, kata Dr Ibrahim.

Ratusan pelajar UiTM telah berhimpun di depan bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pagi semalam bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka mengenai isu itu kepada Abdul Khalid.

Dr Ibrahim menambah, beliau percaya kira-kira 119,000 penuntut UiTM di seluruh negara dan 350,000 ahli alumninya juga tersinggung atau marah dengan kenyataan Abdul Khalid.

"Insya Allah saya akan mengadap Canselor (UiTM) Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memaklumkan baginda mengenai perkembangan ini," katanya, lapor agensi berita itu lagi.

Source: http://www.malaysiakini.com/news/87711

BACE LAGI...

5,000 berhimpun bantah UiTM dibuka untuk bukan Bumiputera

SHAH ALAM: Kira-kira 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhimpun di depan pintu masuk utama bangunan pentadbiran kerajaan negeri, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), di sini pagi ini untuk membantah cadangan membuka UiTM kepada bukan Bumiputera.

Pelajar mula berhimpun seawal jam 7 pagi di Dataran Shah Alam sebelum berarak secara aman menuju pintu masuk utama sejauh 500 meter diketuai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Luqmann Ulhakim Mohamad Idris.

Mereka turut membawa sepanduk 'Selamatkan UiTM' sambil menyanyikan lagu rasmi universiti itu dan lagu patriotik, Warisan.

Luqman turut menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri yang diserahkan kepada wakil Pejabat Menteri Besar, Hasril Abu Hassan.

Kandungan memorandum itu antaranya meminta kerajaan negeri tidak lagi membuat cadangan itu kerana UiTM adalah salah satu hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Pelajar mula bersurai kira-kira jam 10 pagi selepas Luqmann menyampaikan memorandum bagi membantah kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mencadangkan 10 peratus kuota di UiTM diperuntukkan kepada bukan Bumiputera.

SELAMATKAN MELAYU, SELAMATKAN UITM!!!

BACE LAGI...


Untuk penggemar dan peminat aka "kipas susah mati" English Premierleague (EPL), Fantasy Premierleague sudah membuka tirai laman sesawangnya untuk tatapan semua. Jangan lepaskan peluang untuk mengatur pemain untuk pasukan terhebat anda. Hebat la sangat.

Bagi yang belum mendaftar, sila sign-up di http://fantasy.premierleague.com dan jangan lupa masukkan private league 110984-28238. Jumpa anda di sana.

Latest update of Managers

1. buDak_waNGi UniteD Afif (aku la tu)
2. vtec fc Wan Ramle (ex-clasmate aku)
3. azimgengz Geng (ex-matrix aku)
4. Orange Gunners Fikri aka Alang (KU poyo, team belasahan jek ni)
5. sempOi UniteD Budak sempoi tp best!
6. Arsenpee Hanafi Saat (wakil felda, jgn pandang rendah tau?)
7. smartkid junior Udeng (pon bley thn gak sengalnyer..tp udeng mmg best!)
8. RedlanD FC Cuib (ex-pedas, bdk giler fantasy cam aku gak..)
9. Team Plastic Mould Kalos (name da cam carlos: buat mould je die ni..ex-uitm)

BACE LAGI...

olimpik bermula

BEIJING: Sukan Olimpik ke-29 dibuka secara rasmi, malam tadi, dalam upacara penuh gilang- gemilang dengan kontinjen Malaysia memburu misi menunaikan harapan menggapai kilauan pingat emas sulung.

Kontinjen negara ditunjangi 33 atlit yang berpakaian baju kebangsaan kuning keemasan, berarak masuk ke Stadium 'Sarang Burung', diketuai pelumba basikal, Azizulhasni Awang, selaku pembawa Jalur Gemilang.


Harapan utama negara untuk menamatkan penantian emas pada Sukan Olimpik kali ini disandarkan kepada skuad badminton negara, terutama Lee Chong Wei yang akan membawa cabaran dalam acara perseorangan lelaki.

Turut memiliki peluang dalam saingan sukan paling berprestij dunia itu ialah dua beregu lelaki, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, selain harapan pingat kepada skuad memanah, pelumba berbasikal dan atlit taekwondo negara.


Temasya Olimpik di Beijing kali ini, dengan kos penganjuran dianggarkan AS$40 bilion (RM128 bilion), dibuka secara rasmi oleh Presiden China, Hu Jintao, disaksikan lebih 90,000 penonton selain kira-kira empat bilion penonton televisyen seluruh dunia.

Obor temasya itu dinyalakan bekas ratu gimnastik tuan rumah, Li Ning, yang meraih tiga pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles.

Upacara itu bermula dengan acara pembukaan selama sejam penuh warna warni, diilhamkan pengarah filem terkenal, Zhang Yimou, yang mempersembahkan sejarah penubuhan China daripada zaman dinasti awal sehingga menjadi kuasa utama dunia ketika ini.

Ia diikuti perarakan masuk lebih 5,000 atlit daripada 204 negara bermula dengan kontinjen negara penganjur temasya sebelumnya, Greece, diselangi pertunjukan mercun dan bunga api.

Upacara pembukaan itu turut dihadiri ketua negara, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin.

Temasya berlangsung selama 17 hari itu bakal menyaksikan saingan merebut 202 pingat emas daripada 28 jenis sukan yang dipertandingkan.


BACE LAGI...

afif - personality type

Click to view my Personality Profile page


ENFPs are introspective, values-oriented, inspiring, social and extremely expressive. They actively send their thoughts and ideas out into the world as a way to bring attention to what they feel to be important, which often has to do with ethics and current events. ENFPs are natural advocates, attracting people to themselves and their cause with excellent people skills, warmth, energy and positivity. ENFPs are described as creative, resourceful, assertive, spontaneous, life-loving, charismatic, passionate and experimental.

BACE LAGI...

DS Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.

Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Hakim menambah, Anwar tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana mahkamah yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada 10 September depan di Mahkamah Tinggi untuk menentukan tarikh perbicaraan.

Anwar dihadapkan ke mahkamah susulan laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful pada 28 Jun.

Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan jenayah tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Beliau keluar dari mahkamah jam 11.10 pagi dengan disambut kira-kira 500 penyokongnya yang berada di beberapa tempat, termasuk di perkarangan kompleks mahkamah dan di luar pintu utama.

Anwar tiba di kompleks mahkamah itu pada jam 9.38 pagi tadi untuk menghadapi tuduhan liwat.

Sementara itu, seorang peguam bela Anwar, Sankara Nair berkata anak guamnya gembira dengan keputusan mahkamah membenarkan jaminan peribadi.

"Ini adalah kuasa mahkamah. Kali ini mahkamah mengambil keputusan yang kuat dan adil. Keputusan jaminan hari ini adil," katanya.

Peluang anak guamnya "bagus" jika sistem kehakiman berjalan adil, tambahnya.

Berdasarkan pertuduhan yang dibuat, Anwar mempunyai alibi kukuh, katanya.

"Kita ada alibi. (Perkara) ini telah diberitahu kepada polis apabila kenyataannya (Anwar) dirakam pada 16 Julai di balai (ibu pejabat polis Kuala Lumpur).

"Jadi, kami tidak faham kenapa dakwaan terhadap Anwar dibuat," kata Sankara.

Menurut peguam lagi, pada tanggal dan masa Anwar dituduh melakukan kesalah itu, anak guamnya berada di kondominium berkenaan bersama lebih kurang lima orang lagi.

"Beliau ada di tempat itu (Desa Damansara Condominium), tetapi ramai orang di sekelilingnya disebabkan mereka ada pertemuan.

"Beliau telah memberikan nama orang-orang itu dan polis telah merakamkannya," kata Sankara.

Ditanya kemungkinan Anwar menghadapi dakwaan lain, peguam itu berkata: "Kalau ada dakwaan, biasanya (dibuat) bersama."

Setakat ini, Anwar diwakili sembilan orang peguam, diketuai Sulaiman Abdullah.

Selain Sankara, peguam lain termasuklah Sivarasa Rasiah, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon dan Leela J Jesuthasan.

Kumpulan peguam ini mungkin bertambah, kata Sankara.

Turut hadir di mahkamah pagi ini, peguam-peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam dan badan-badan hak asasi manusia yang berpejabat di Washington, Paris dan Bangkok.

BACE LAGI...

UiTM Alumi Homecoming

BACE LAGI...

soalan licik, jawapan cerdik...

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.

BACE LAGI...